Thursday, August 18, 2016

CABARAN TRADER TAHAP TIGA

Tahap 3 - The EUREKA Moment
Pada akhir tahap 2, anda akhirnya menyedari permasalahan
utama bukan terletak di sistem. Anda menyedari bahawa anda
mampu memperolehi keuntungan bahkan jika hanya menggunakan
sistem yang mudah seperti moving average saja tanpa ada
indikator lain, jika anda mampu menggunakan prediction dan
money management yang betul.

Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading dan
mengidentifikasi dengan karakter yang dijelaskan dalam buku
itu. Akhirnya anda memperolehi tahap lebih jelas.

Tahap ini menyebabkan anda menyedari satu hal yang penting,
di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara
tepat mengenai apa yang akan terjadi pada market 30 saat
akan datang.

Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya
sehingga serasi dengan diri anda dan anda mampu memperolehi
lebih banyak keuntungan dibandingkan sistem yang asal.

Anda mulai trading jika anda tahu kebarangkalian untuk
memperolehi keuntungan lebih besar daripada kerugian anda
hanya trading jika ada signal dari sistem anda. Anda selalu
menggunakan stoploss kerana anda tahu stoploss adalah risiko
yang ada dalam dunia trading.

Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu
tidak seorangpun mampu membuat ramalan dan itu bukan
kesalahan anda. Trading berikutnya akan meningkat
kebarangkalian untung kerana anda tahu sistem anda itu
sistem yang menguntungkan.

Anda menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal
yang penting iaitu sistem yang konsistence, psikologi
trading dan money management. Dan berdisiplin untuk
melakukan trading walau apapun yang terjadi.

Anda mempelajari tentang money management, 2% risk, dan hal
lainnya, ini mengingatkan anda setahun yang lalu ketika ada
yang memberi nasihat sama kepada anda dan anda memilih untuk
tidak mempercayainya. ketika itu anda memang belum
bersedia.Walau bagaimanapun sekarang anda telah bersedia.

Di tahap lebih jelas, pemikiran anda akan menerima bahawa
anda tidak mampu meramalkan pergerakan market, kerana memang
tidak seorang pun mampu melakukannya dengan tepat.

Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang
berjaya menuju ke tahap berikutnya, tahap 4.
"Forex merupakan satu urusniaga matawang asing yang berisiko tinggi. Dimana anda boleh mendapat keuntungan besar dan kerugian besar bergantung dengan pengurusan kewangan (Money Management) yang betul dan teliti. Anda dinasihati belajar asas forex terlebih dahulu sebelum mengambil segala risiko yang tinggi yang ada di dalam pasaran FOREX."
HotForex Bonus