Thursday, November 27, 2014

RAHSIA CEMERLANG



Saya ingin kongsikan rahsia untuk mengekalkan agar akaun tuan/puan boleh bertahan lama, berisiko rendah untuk mc dan berupaya withdraw sekurang- kurangnya seminggu sekali. Rahsia dan teknik ini berdasarkan teori dan praktikal yang terhasil dari pengalaman saya dalam dunia forex dan saya masih amalkan sampai sekarang. Saya harap golongan newbie beroleh menafaat dari perkongsian ilmu ini. Sila amalkan, in sha Allah mujarab.

1. Masukkan hanya 1 pair kegemaran anda di MT4 samada di laptop atau android hp. Lain-lain pair sila delete. Sebab kenapa: jika anda hanya ada 1 pilihan, anda akan bagi tumpuan sepenuhnya keatas pair tersebut. Setelah sekian lama anda pasti akan mengetahui dan mengenali sifat-sifat, trend, pattern, kekuatan dan kelemahan pair tersebut. Prinsip saya.. setia hanya pada yang 1, jangan main kayu 3, anda pasti selamat.

2. Amalkan trade hanya 1 posisi setiap entry bukan berlapis-lapis seperti bangunan KLCC atau kek lapis Sarawak. Tutup trade sedia ada sebelum buat entry baru. Tunggu signal atau peluang buat entry baru berdasarkan analisa teknikal, snr atau crs. Dengan menumpukan perhatian pada hanya 1 posisi entry, anda tidak pening kepala atau berserabut melihat entry terlalu banyak apatah lagi jika yang berwarna merah lebih banyak daripada yang biru. Keadaan ini sudah tentu akan mengganggu emosi dan kosentrasi anda. Prinsip saya... lebih mudah menjaga 1 ekor lembu daripada menjaga 10 ekor kambing.

3. Setiap trade anda WAJIB setkan SL sekurang-kurangnya 30 pip dari point of entry anda. Setting untuk TP adalah fleksibel bergantung kepada kedudukan support atau resistant. Dengan meletakkan setting SL anda tidak perlu bimbang jika berlaku pergerakan mendadak dan setting SL yang anda buat bermakna anda sudah bersedia menghadapi kemungkinan rugi sekian banyak. Dengan adanya SL setiap entry anda tidak menghadapi risiko serangan jantung. Prinsip saya... sediakan kubu pertahanan yang kukuh sebelum anda menyerang musuh.

4. Ikut saiz MM yang disyorkan. Bagi saya saiz lot yang menjadi formula saya untuk trade intraday ialah E÷500 dan untuk scalping E÷250, dimana E adalah equiti. Dengan menggunakan saiz lot yang sesuai, ada tidak perlu bimbang kerana risiko kerugian boleh di tentukan. Untuk trade intraday jika entry anda hit SL ialah (E÷500)30 pip SL = (x)30. Andaikan equiti anda 100 usd ÷500 = 0.20 X 30 pip = 6 usd. Ini bermakna risiko kerugian hanya 6%. Sementara itu untuk trade scalping memerlukan tumpuan dan fokus yang tinggi, penggunaan laptop adalah wajib kerana scalping perlu merujuk kepada beberapa indicator khusus untuk trade scalping. Semua dibuat secara manual dan SL manual untuk scalping ialah antara 10-15 pip. Prinsip saya... sedikit kecederaan masih boleh disembuhkan dan itu adalah lebih baik daripada berhadapan risiko maut..

5. Kawal emosi. Jangan ada perasaan tamak menguasai diri. Kikiskan perasaan nak untung cepat, nak untung banyak atau tak sabar untuk buat entry sedangkan tiada signal atau tanda-tanda positif yang boleh menguntungkan. Salah satu sebab mengapa saya suruh delete lain-lain pair di MT4 anda ialah supaya anda tidak tergoda bila melihat lain-lain pair menghasilkan cs sepanjang 1 kaki di carta anda lalu anda menjadi rambang mata dan buat entry semua pair secara mengkhinzir buta tanpa memikirkan risiko... khususnya ketika news FOMC atau NFP. Dengan cara itu anda telah meletakkan akaun anda diambang MC. Setkan sasaran atau target profit anda 10% atau 20% sehari. Apabila sasaran tercapai, tutup MT4 anda dan buat kerja lain. Prinsip saya... profit adalah umpama air hujan yang sentiasa mencurah 24 jam sehari. Tidak perlu berebut-rebut atau terburu-buru menadah air.Tadah hanya apabila diperlukan.

Sekian dulu perkongsian buat kali ini. Yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu adalah kelemahan dari saya juga. Semoga perkongsian ini memberi sedikit panduan yang berguna untuk kita dalam melayari dunia forex yang penuh onak dan duri. Terima kasih.

Monday, November 24, 2014

MESIN MENCETAK WANG



Perdagangan matawang asing atau foreign exchange (forex) merupakan sebuah industri global yang sedang berkembang pesat. Ia merupakan kerjaya yang berpotensi tinggi untuk menjadi jutawan.
Kebanyakkan universiti tempatan ada pengkhususan ijazah dalam bidang "Forex & Investment".

Untuk menjadi seorang trader forex professional anda tidak perlu memiliki ijazah atau membayar yuran puluhan ribu kerana ramai otai forex menawarkan kelas belajar ilmu forex percuma seiring dengan perkembangan semasa.

Jika anda memiliki ilmu dan teknik trading yang mantap seolah2 anda memiliki sebuah mesin mencetak wang. Tuntutlah ilmu walau sampai kenegeri China.

KOMBINASI FAKTOR KEJAYAAN TRADER


Berdasarkan pengalaman saya, kejayaan sebenar dalam bidang forex bukan diukur sebanyak mana keuntungan yang anda perolehi setiap hari tetapi sejauh mana anda boleh bertahan. Untuk menentukan kejayaan berterusan, seseorang pedagang forex harus memiliki 4 faktor utama sebagai prinsip yang harus dimiliki:

1. Ilmu dan Teknik yang betul
2. Money management
3. Emosi
4. Disiplin


Kombinasi kesemua faktor diatas akan menjadikan anda seorang trader yang berhemah, berintegriti dan cemerlang.

Ilmu dan Teknik yang betul~ Tanpa ilmu ibarat berjalan menyusuri lorong gelap dimalam hari. Tiada pedoman dan panduan akhirnya anda terkandas entah dimana.

Money Management~ Sehebat mana sekali pun ilmu anda jika anda berdagang tanpa mematuhi saiz lot yang betul serta had kemampuan equiti anda sudah pasti anda kecundang.

Emosi~ Adalah sesuatu yang amat berat. Ianya ada kaitan dengan kemampuan kita mengawal nafsu. Inilah jihad paling besar dalam diri kita. Sebab itulah Tuhan mewajibkan kita berpuasa semata2 untuk melatih diri kita mengawal emosi, nafsu tamak, keinginan, menahan sabar dan sebagainya.

Disiplin~ Merupakan aset penting yg perlu ada dalam diri seseorang. Disiplin berhubung kait dengan prinsip, sikap positif, keazaman dan jati diri seseorang. Jika anda seorang yang berfikiran positif anda akan menganggap kegagalan itu sebagai suatu pelajaran kerana kita belajar dari kesilapan.

Saturday, November 22, 2014

MENDALAMI ILMU FOREX SEBENAR

Mengambil bahagian peserta Bengkel Forex Sehari di Cyberjaya Training Center mudah-mudahan ilmu yg di sampaikan dapat dimanfaatkan bersama.

"Forex merupakan satu urusniaga matawang asing yang berisiko tinggi. Dimana anda boleh mendapat keuntungan besar dan kerugian besar bergantung dengan pengurusan kewangan (Money Management) yang betul dan teliti. Anda dinasihati belajar asas forex terlebih dahulu sebelum mengambil segala risiko yang tinggi yang ada di dalam pasaran FOREX."
HotForex Bonus