Thursday, December 15, 2016

Fort Financial Register

Register & Open Account dengan broker Fort FS dengan click link dibawah ini untuk register.

https://trader.fortfs.com/registration?b86c253

Choose Acc to open :
1. FORT (FIX SPREAD 4 deci) - MIN DEPO $10
2. FLEX (VARIABLE SPREAD 5 deci) - MIN DEPO $10
3. PRO (ECN) - MIN DEPO $500

Choose your Currency :
1. USD
2. USD Cent

Choose your Leverage :
1:500

* ✔Tick without Swaps for Islamic Account.
*Jangan open account Flex Newbie

After complete open your account, upload your document for Verification.

Urusan deposit boleh terus melalui profil FortFS anda dengan menggunakan neteller. Dan seterusnya anda boleh memilih untuk dapatkan BONUS anda, samada "Bonus" atau "Support Margin Bonus".

Note: Pastikan "verify" profil akaun anda, gambar ic, gambar lesen memandu, dan juga "verify" nombor telefon anda sebelum membuat urusan transaksi deposit ke akaun trading. Setelah dapat e-mail akaun anda telah disahkan, barulah anda membuka akaun trading & boleh membuat urusan deposit ke akaun trading.

Sebarang pertanyaan atau urusan boleh terus ke Online Support / Online Consultant di profil FortFS anda, atau boleh terus email kepada support@fortfs.com

Wednesday, December 14, 2016

Bonus Promosi Akhir Tahun 2016 XM

DEPO 500 USD DAPAT 1000 USD, KO HADO?!
.
Abam malah nok cakap banyak, sapo2 yang ado akaun dengan XM tu bleh dapatkan 100% bonus ni. Kepado yang takde lagi apo lagi cepat2 le bukak akaun dengan XM ni.

Selaras dengan sambutan akhir kejayaan tahun 2016, XM sangat berbangga untuk mengumumkan hari ini bahawa kami akan menggandakan promosi biasa kami daripada 50% kepada 100% sehingga $500

Expired 31/12/2016. Max amount $500 (New registration dan pelanggan lama boleh apply)

Register here
http://clicks.pipaffiliates.com/afs/come.php?id=68&cid=93458&ctgid=17&atype=1

Sunday, August 28, 2016

CABARAN TRADER TAHAP LIMA

Sekarang anda berada di tahap 5, ini adalah tahap yang
paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di tahap
ini anda mampu trading secara aman, anda telah menguasai
kesemuanya, anda mampu Dancing With The Market,
kemanapun arah market berjalan, anda telahpun open di posisi yang
betul jadi anda hanya tunggu untung bergerak dari 2 digit ke 3 digit.

Inilah tahap puncak dari seorang trader, inilah tahap
utopia, anda telah menguasai emosi anda dan kini anda
trading dengan akaun yang terus membesar tiap-tiap hari dari
untung terkumpul yang anda perolehi.

Anda akan jadi Master di trading chat room dan orang-orang
akan dengar apa yang anda katakan, anda kenal dengan
pertanyaan mereka kerana anda ada diposisi mereka sebelum ini.

Anda akan memberikan nasihat kepada mereka walaupun anda
tahu bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan
mendengarkannya kerana mereka masih trader tahap 1.

Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu
membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu
membeli pulau dan trading disana asalkan ada internet anda
mampu pindah ke hotel lima bintang dan menjadi penghuni
tetap disana.

Anda mempunyai pendapatan seperti seorang superstar, anda
mampu membina empayar anda sendiri, anda mampu trading
dengan margin tanpa batas dan akaun anda akan berganda dari
akaun asal.

Hanya 3% trader yang mampu mencapai tahap ini.
Sekarang anda mampu dengan bangga berkata...

" SAYA ADALAH SEORANG SUPER TRADER ".

Thursday, August 25, 2016

CABARAN TRADER TAHAP EMPAT

Tahap 4 - Conscious Competence
Baiklah, sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika
sistem anda memberi signal.

Anda cutloss sama mudahnya dengan take profit kerana anda
tahu sistem anda akan lebih banyak memberikan keuntungan
daripada kerugian dan cutloss yang kamu lakukan adalah
risiko urusniaga iaitu maksima 2% dari akaun anda.

Ditahap ini anda mulai target dengan profit 20 pip sehari
dan setelah anda mampu melakukannya secara tetap selama
beberapa minggu, anda meningkatkan target dengan 40 pip
sehari. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan.

Anda memang masih perlu kerja keras untuk mendapatkannya,
memperbaiki sistem anda, menguasai emosi anda dan
melaksanakan money management yang anda pegang.
Tahap ini biasanya berjalan sekitar 6 bulan.

Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap
berikutnya. Tahap terakhir.


Thursday, August 18, 2016

CABARAN TRADER TAHAP TIGA

Tahap 3 - The EUREKA Moment
Pada akhir tahap 2, anda akhirnya menyedari permasalahan
utama bukan terletak di sistem. Anda menyedari bahawa anda
mampu memperolehi keuntungan bahkan jika hanya menggunakan
sistem yang mudah seperti moving average saja tanpa ada
indikator lain, jika anda mampu menggunakan prediction dan
money management yang betul.

Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading dan
mengidentifikasi dengan karakter yang dijelaskan dalam buku
itu. Akhirnya anda memperolehi tahap lebih jelas.

Tahap ini menyebabkan anda menyedari satu hal yang penting,
di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara
tepat mengenai apa yang akan terjadi pada market 30 saat
akan datang.

Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya
sehingga serasi dengan diri anda dan anda mampu memperolehi
lebih banyak keuntungan dibandingkan sistem yang asal.

Anda mulai trading jika anda tahu kebarangkalian untuk
memperolehi keuntungan lebih besar daripada kerugian anda
hanya trading jika ada signal dari sistem anda. Anda selalu
menggunakan stoploss kerana anda tahu stoploss adalah risiko
yang ada dalam dunia trading.

Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu
tidak seorangpun mampu membuat ramalan dan itu bukan
kesalahan anda. Trading berikutnya akan meningkat
kebarangkalian untung kerana anda tahu sistem anda itu
sistem yang menguntungkan.

Anda menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal
yang penting iaitu sistem yang konsistence, psikologi
trading dan money management. Dan berdisiplin untuk
melakukan trading walau apapun yang terjadi.

Anda mempelajari tentang money management, 2% risk, dan hal
lainnya, ini mengingatkan anda setahun yang lalu ketika ada
yang memberi nasihat sama kepada anda dan anda memilih untuk
tidak mempercayainya. ketika itu anda memang belum
bersedia.Walau bagaimanapun sekarang anda telah bersedia.

Di tahap lebih jelas, pemikiran anda akan menerima bahawa
anda tidak mampu meramalkan pergerakan market, kerana memang
tidak seorang pun mampu melakukannya dengan tepat.

Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang
berjaya menuju ke tahap berikutnya, tahap 4.

WELCOME TO THE WORLD

 Syukur Alhamdulilah Semalam 17 Ogos 2016,
Isteri admin selamat melahirkan puteri kami yang ketiga.
Ini lah rezeki harta sepanjang hayat dunia akhirat yang diamanahkan olehnya.
SAYANG KAMU KETAT-KETAT SELAMANYA.

Tuesday, August 16, 2016

CABARAN TRADER TAHAP DUA

Tahap 2 - Conscious Incompetence
Ditahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu trading, anda
tidak memiliki kemampuan untuk melakukan trading yang
menghasilkan profit secara mantap. Dan anda tahu akhirnya,
selama anda berada di tahap satu, pikiran anda dikaburkan
oleh emosi anda sehingga anda tidak mampu berfikir dengan
jelas dan waras.

Ditahap ini anda akan berusaha mencari holy grail sistem
(sistem yang sempurna, sistem yang 100% profit, sistem yang
tidak pernah rugi)anda mulai membeli sistem yang ada di
internet, anda membaca semua website yang ada tentang
trading mulai dari UK,USA,Australia,Europah hingga ke Russia
anda baca semua ebook yang ada, anda mempraktikkan semua
sistem yang anda perolehi, anda akan hauskan ilmu seperti
seorang pengembara di padang pasir yang hauskan air minum.

Pada tahap ini anda akan membaca semua secara mendalam
tentang indikator, anda akan test semua indikator yang ada
di metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator
sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indikator), anda akan
bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot
point, camarilla pivot, deMark, Fractals, Divergence, DMI.
ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indikator lainnya.

Anda tahu bahawa market terlalu sukar untuk di diteka hanya
dengan satu indikator saja, anda tahu kombinasi terbaik dari
masing-masing indikator.Anda tahu kelebihan indikator
tersebut dan juga kelemahannya.

Anda akan mencuba meneka TOP dan BOTTOM dari market dengan
indikator tersebut. Anda akan bergabung dengan chat room
trader dan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan bodoh pada
trader senior kerena kamu tahu kalau kamu tidak bertanya
sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu.

Pada akhirnya di tahap ini anda akan memperolehi 5 sampai 10
sistem yang lengkap dan cuba mencari sistem mana yang paling
sesuai dengan kebolehan anda.

Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang
berjaya pindah ke tahap 3

Monday, August 15, 2016

CABARAN TRADER TAHAP SATU

Tahap 1 - Unconscious Incompetence
Adakah setelah berjaya mendaftar akaun Forex anda telah
bergelar seorang TRADER? Anda bercita-cita menjadi seorang
trader kerena anda mendengar bahawa pendapatan seorang
trader boleh mengalahkan pendapatan seseorang berjawatan
pengarah dan tambahan lagi dengan kejayaan anda bila
melakukan trading dalam akaun virtual ( simulasi ).

Anda mungkin mampu mendapat keuntungan yang menakjubkan 
100pip sampai 200 pip per lot per hari, namun begitu semua
hanyalah nasib sahaja. Anda pada awalnya tidak percaya,
dengan hanya menggunakan satu indicator saja atau bahkan
hanya dengan instict dari seseorang.

Namun begitu, market forex akan mengalahkan anda. Tidak ada
trader yang berjaya hanya dengan faktor nasib semata-mata.
Kerugian demi kerugian akan menghampiri anda, anda cuba
bertahan walaupun begitu sehingga margin anda habis dan anda
tidak lagi mampu bertahan.

Anda sama sekali tidak mampu trading forex dengan jaya
walaupun anda mengganggap anda telah berjaya walaupun semua
fakta berkaitan adalah sebaliknya.Cuba semak kembali rekod
trading anda yang lepas.

Anda tetap mengganggap bahawa diri anda adalah istimewa
mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda
tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai
perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai sistem yang
lengkap, anda dikuasai oleh perasaan dan anda selalu
averaging posisi jika loss karena anda BIMBANG pada market,
anda selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau
membiarkan untung berubah jadi rugi kerana anda dikuasai
oleh GREED, anda trading dengan perasaan takut-takut atau
FEAR. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga
margin equity anda semakin sedikit.

90% orang yang trading hanya sampai pada tahap ini, mereka
biasanya kecewa, berhenti trading dan menganggap ini semua
hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi moralnya rendah,
mereka tetap melakukan trading dan trading itu seperti orang
gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka
mencari margin lagi.

Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka
adalah executor(pemusnah).

Hanya masalah waktu, sampai bila mereka dapat bertahan di
tahap ini dan waktu selalunya akan menang.90% trader ada di tahap ini dan hanya 10% sedar
dan pindah ke tahap 2.
"Forex merupakan satu urusniaga matawang asing yang berisiko tinggi. Dimana anda boleh mendapat keuntungan besar dan kerugian besar bergantung dengan pengurusan kewangan (Money Management) yang betul dan teliti. Anda dinasihati belajar asas forex terlebih dahulu sebelum mengambil segala risiko yang tinggi yang ada di dalam pasaran FOREX."
HotForex Bonus