Tuesday, August 16, 2016

CABARAN TRADER TAHAP DUA

Tahap 2 - Conscious Incompetence
Ditahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu trading, anda
tidak memiliki kemampuan untuk melakukan trading yang
menghasilkan profit secara mantap. Dan anda tahu akhirnya,
selama anda berada di tahap satu, pikiran anda dikaburkan
oleh emosi anda sehingga anda tidak mampu berfikir dengan
jelas dan waras.

Ditahap ini anda akan berusaha mencari holy grail sistem
(sistem yang sempurna, sistem yang 100% profit, sistem yang
tidak pernah rugi)anda mulai membeli sistem yang ada di
internet, anda membaca semua website yang ada tentang
trading mulai dari UK,USA,Australia,Europah hingga ke Russia
anda baca semua ebook yang ada, anda mempraktikkan semua
sistem yang anda perolehi, anda akan hauskan ilmu seperti
seorang pengembara di padang pasir yang hauskan air minum.

Pada tahap ini anda akan membaca semua secara mendalam
tentang indikator, anda akan test semua indikator yang ada
di metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator
sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indikator), anda akan
bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot
point, camarilla pivot, deMark, Fractals, Divergence, DMI.
ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indikator lainnya.

Anda tahu bahawa market terlalu sukar untuk di diteka hanya
dengan satu indikator saja, anda tahu kombinasi terbaik dari
masing-masing indikator.Anda tahu kelebihan indikator
tersebut dan juga kelemahannya.

Anda akan mencuba meneka TOP dan BOTTOM dari market dengan
indikator tersebut. Anda akan bergabung dengan chat room
trader dan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan bodoh pada
trader senior kerena kamu tahu kalau kamu tidak bertanya
sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu.

Pada akhirnya di tahap ini anda akan memperolehi 5 sampai 10
sistem yang lengkap dan cuba mencari sistem mana yang paling
sesuai dengan kebolehan anda.

Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang
berjaya pindah ke tahap 3
"Forex merupakan satu urusniaga matawang asing yang berisiko tinggi. Dimana anda boleh mendapat keuntungan besar dan kerugian besar bergantung dengan pengurusan kewangan (Money Management) yang betul dan teliti. Anda dinasihati belajar asas forex terlebih dahulu sebelum mengambil segala risiko yang tinggi yang ada di dalam pasaran FOREX."
HotForex Bonus