Monday, August 15, 2016

CABARAN TRADER TAHAP SATU

Tahap 1 - Unconscious Incompetence
Adakah setelah berjaya mendaftar akaun Forex anda telah
bergelar seorang TRADER? Anda bercita-cita menjadi seorang
trader kerena anda mendengar bahawa pendapatan seorang
trader boleh mengalahkan pendapatan seseorang berjawatan
pengarah dan tambahan lagi dengan kejayaan anda bila
melakukan trading dalam akaun virtual ( simulasi ).

Anda mungkin mampu mendapat keuntungan yang menakjubkan 
100pip sampai 200 pip per lot per hari, namun begitu semua
hanyalah nasib sahaja. Anda pada awalnya tidak percaya,
dengan hanya menggunakan satu indicator saja atau bahkan
hanya dengan instict dari seseorang.

Namun begitu, market forex akan mengalahkan anda. Tidak ada
trader yang berjaya hanya dengan faktor nasib semata-mata.
Kerugian demi kerugian akan menghampiri anda, anda cuba
bertahan walaupun begitu sehingga margin anda habis dan anda
tidak lagi mampu bertahan.

Anda sama sekali tidak mampu trading forex dengan jaya
walaupun anda mengganggap anda telah berjaya walaupun semua
fakta berkaitan adalah sebaliknya.Cuba semak kembali rekod
trading anda yang lepas.

Anda tetap mengganggap bahawa diri anda adalah istimewa
mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda
tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai
perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai sistem yang
lengkap, anda dikuasai oleh perasaan dan anda selalu
averaging posisi jika loss karena anda BIMBANG pada market,
anda selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau
membiarkan untung berubah jadi rugi kerana anda dikuasai
oleh GREED, anda trading dengan perasaan takut-takut atau
FEAR. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga
margin equity anda semakin sedikit.

90% orang yang trading hanya sampai pada tahap ini, mereka
biasanya kecewa, berhenti trading dan menganggap ini semua
hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi moralnya rendah,
mereka tetap melakukan trading dan trading itu seperti orang
gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka
mencari margin lagi.

Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka
adalah executor(pemusnah).

Hanya masalah waktu, sampai bila mereka dapat bertahan di
tahap ini dan waktu selalunya akan menang.90% trader ada di tahap ini dan hanya 10% sedar
dan pindah ke tahap 2.
"Forex merupakan satu urusniaga matawang asing yang berisiko tinggi. Dimana anda boleh mendapat keuntungan besar dan kerugian besar bergantung dengan pengurusan kewangan (Money Management) yang betul dan teliti. Anda dinasihati belajar asas forex terlebih dahulu sebelum mengambil segala risiko yang tinggi yang ada di dalam pasaran FOREX."
HotForex Bonus